Terms & Conditions

Terma

  1. Kadar harga adalah mengikut jadual senarai harga.
  2. Jumlah peserta adalah bebas mengikut perancangan pelaksana kursus.
  3. Tuan puan dinasihatkan supaya mengesahkan jumlah peserta dan komputer yang diperlukan 3 hari sebelum kursus diadakan. Ini bagi memudahkan kami membuat penempahan makanan, persiapan bilik training dan komputer. Sebarang ketidakhadiran peserta pada saat akhir akan tidak diambilkira.
  4. Kami tidak menggalakkan sesiapa sahaja untuk membawa kanak-kanak ke dalam bilik training semasa kursus berjalan. Ini bagi mengelakkan suasana kurang senang diantara para peserta.
  5. Waktu makan bagi kursus yang diadakan boleh disesuaikan mengikut perancangan kursus masing-masing.
  6. Menu boleh disesuaikan mengikut permintaan atau dicadangkan oleh pihak kami sendiri.
  7. Kami melanggan talian internet berkelajuan 4mb untuk bilik training. Penggunaan adalah percuma dan WiFi key akan dibekalkan pada hari kursus.
  8. Bagi tempahan urusan penempahan, deposit sebanyak 50% diperlukan bagi pengesahan.
  9. Kami akan memulangkan deposit jika berlaku masalah untuk menjalankan kursus yang disebabkan oleh pihak kami sendiri. Namun pemulangan deposit kerana masalah oleh penganjur akan dipertimbangkan.
  10. Pembatalan kursus hendaklah dimaklumkan 2 minggu sebelum tarikh berlangsung.
  11. Pembatalan perlu dilakukan secara bertulis melalui faks atau e-mel. Penggunaan SMS dan telefon tidak diambil kira. Ini adalah bagi mempermudahkan semua pihak.
  12. Hubungi kami untuk perbincangan lebih lanjut.


Terma Penggunaan PC

  1. Pemasangan sebarang software perlu mendapat keizinan kami dan dimaklumkan seminggu sebelum kursus dijalankan. Tuan puan juga dibenarkan datang sendiri untuk memasang software yang diperlukan dan membuat ujian penggunaan.
  2. Sebarang kerosakan pada unit komputer ketika digunakan oleh peserta perlu dimaklumkan kepada kami dan kami akan melihat kerosakan yang berlaku.
  3. Tidak dibenarkan membuka atau menukar sebarang komponen pada komputer kami.
  4. Hubungi kami untuk perbincangan lebih lanjut.